Saturday, February 14, 2009

BaHaGiA aTaU TeRLuka???


Tiada siapa yg mahukan kegagalan dlm melayari sebuah episode percintaan...tapi tiada juga sesuatu perhubungan yg sentiasa bahagia..kerna dari sebuah permasalahan atau pertelingkahan di dalam perhubunganlah itulah yang mengajar seseorang itu untuk lebih memahami pasangan mereka.


Andai sesuatu perhubungan itu berakhir dengan sebuah perpisahan janganlah kita berputus asa untuk terus mencuba mencari cinta yang sejati..dan janganlah kita menganggap pasangan kita sebagai musuh tetapi jadikan mereka sebagai kawan atau sahabat...


Janganlah kita putuskan tali persahabatan itu hanya kerana kisah silam kita yang mungkin tersalah langkah. amat BODOH lah andai itu berlaku...ini kerna amat sukar untuk kita mencari sahabat dan terlalu mudah untuk kita mencari musuh...


Ingat lah “Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.”