Thursday, November 11, 2010

keMbaLi...

Lama sudah rasanya aku menyepi....Bukan niat berdiam diri tapi cuma mencari yang pasti...Hidup bagai tiada arah tuju.....Bagaikan hilang arah hidup...Kina aku kembali dengan semangat baru....moga semangat ini akan menjadi pengalaman dan pengajaran dalam hidup kini...

Buat semangaat abru dan hari2 baru ini....aku akan cuba menjadi diri sendiri...bercerita dan meluah kata hati bagi meringankan beban yang menyelubungi diri...luahan yang bisa membangkitkan aku ke alam realiti yang sebenarnya...madah puisi dan kata2 indah kan mendorong melakarkan cerita yang indah disini...

Wahai cinta,kembalinya kau di dalam diri ini membawa semangat baru...luahkan pada semua isi hati mu....

PERCAYALAH PADA KATA HATI MU....

Friday, March 6, 2009

KiS@H CiNt@...(@kU)

Cinta adalah nama ku..CinTa Finda..
kisah ku mengenai seorang anak gadis yang dahaga kan cinta..bukan cinta dari kekasih tetapi dari keluarga..itu adalah aku...aku dibesarkan di dalam sebuah kelaurga yang serdahana tp aku kekurang cinta dari ayah dan ibu ku..

Derita jiwa menanggung kasih yang tidak pasti..mencari kasih yang tak muncul tiba..dunia aku penuh kesengsaraan....aku masih mencari kasih ayah dan ibu tidak kunjung tiba...ingin saja aku hilangkan kasih yang aku cari..buang sejauh mungkin..biarlah aku hidup tanpa kasih merka..aku pasrah..aku redha andai itu ketentuan buat ku...Tapi disebabkan nama ku adalah CinTa ku x bisa menanam rasa benci pada mereka..walau hati telah lama dilukai tp CinTa ku pada mereka tetap utuh di hati sampai kapan pun..itulah cinta aku pada mereka..

Mengapa rasa cinta yang aku semaikan dengan baja kasih ditaburi dengan racun berbisa...kata yang manis ku lontar tp hunus pedang di beri..apa aku tidak layak mendapat cinta yang ku impikan?? saban hari ku bertanya pada diri ku..siapa aku sebenarnya??siapa aku di dalam jiwa mereka???

Kini aku sendiri..mencari hala tujuku..mengejar cita-cita ku tanpa mereka disisi,tanpa sokongan ku berdiri..kini aku telah menjadi aku..wanita yang berjaya, anak kebanggaan, rakan sejati dan cinta abadi..benar bagai dikata setiap yang berlaku pasti punya hikmahnya yang tersendiri..kerna berkat kesabaran ku, kerna cinta ku,kerna kasih yang utuh di hati kini aku disanjung...

Sebenarnya bukan kebencian yang ditabur seperti yang aku fikirkan..tp pembakar semangat untuk menjadi seorang insan yang berguna...kata berduri yang ditabur adalah penawar di dalam racun berbisa...kini aku bangga dengan diri ku...kerna selama ini aku sudah punya cinta sejati.....cinta abadi kekal dihati sehingga mati...

TeriMa KaSiH BoNDa DaN AyaHaNDa..KiNi aNaK Mu TeLah BeRJaYa..InSyaLLAh AkaN Ku TuNaI JaNJi-JaNJi ku..MeMBiNa MaHLiGaI KaSiH Ku BuaT KaLiaN...MaHLiGAi CiNTa FiNdA.....WaLaU DiRi iNi MeRaNa TaPi KaLiaN PaSTi BaHaGiA...
FiNdA SaYaNG KaLiaN....
CiNTa FiNDa HaNYa BUaT KaLiaN...

Saturday, February 14, 2009

BaHaGiA aTaU TeRLuka???


Tiada siapa yg mahukan kegagalan dlm melayari sebuah episode percintaan...tapi tiada juga sesuatu perhubungan yg sentiasa bahagia..kerna dari sebuah permasalahan atau pertelingkahan di dalam perhubunganlah itulah yang mengajar seseorang itu untuk lebih memahami pasangan mereka.


Andai sesuatu perhubungan itu berakhir dengan sebuah perpisahan janganlah kita berputus asa untuk terus mencuba mencari cinta yang sejati..dan janganlah kita menganggap pasangan kita sebagai musuh tetapi jadikan mereka sebagai kawan atau sahabat...


Janganlah kita putuskan tali persahabatan itu hanya kerana kisah silam kita yang mungkin tersalah langkah. amat BODOH lah andai itu berlaku...ini kerna amat sukar untuk kita mencari sahabat dan terlalu mudah untuk kita mencari musuh...


Ingat lah “Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.”

Tuesday, December 9, 2008

MaaFkaN AkU KaSiH....

kasih...
hadirmu dallm hidup ini
begitu bermakna buatku
kau telah menyinari hidupku
dengan cintamu..

kasih...
apakan daya ku
kau bukanlah milik ku
cinta kau bukanlah untuk
diriku ini...

sayang...
pergilah dirimu
mencari kebahagian yang sebenar
yang pastinya adauntuk dirimu
kasih yang mencintaimu
setulus hatinya...

sayang...
sesungguhnya...
kau umpama mutiara
yang menyinari hidupmu
janganlah kau calarknnya
hanya kerna kekecewaan yg terjadi

sayang...
kau sinarkanlah kembali mutiara hidupmu
dengan cinta mu yg baru
cinta yg dapat menyinari hidupmu

pergilah sayang...
lupakan diriku ini...
aku telah mati dalam hidupmu...
selamat tinggal sayang...
maafkan kepergiaanku.....

Friday, October 31, 2008

SHAH JAHAN, MUMTAZ MAHAL DAN MONUMEN CINTA

Nama Shah Jahan memang tidak boleh dipisahkan dengan Taj mahal iaitu sebuah rekaan yang memikat hati dan menjadi sebuatan sepanjang zaman. Mengenali Shah Jahan, beliau dilahirkan sebagai seorang putera. Nama sebenar Shah Jahan adalah Putera Khurram Shihab-ud-din Muhammad. Beliau dilahirkan pada 1592 gi Lahore, Pakistan. Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan merupakan putera kesayangan Maharaja Jahangir dan Puteri Manmati.
Shah Jahan dinamakan Khurram kerana nama itu membawa maksud gembira yang telah diberikan oleh datuknya Akhbar.
Pada awal usianya, Shah Jahan menerima pendidikan dan menunjukkan bakatnya dalam seni mempertahankan diri dan dilantik sebagai komander tentera. Beliau mengetuai beberapa kempen seperti Mewar, Deccan dan Kangra serta bertanggungjawab dalam memperluaskan jajahan semasa pemerintahan ayahandanya.
Beliau menunjukkan bakat yang cemerlang dalam reka bentuk bangunan yang mengagumkan ayahandanya semasa berusia 16 tahun. Beliau telah membina kediamannya di pelabuhan Kabul dan mereka semula bangunan di dalam Fort Agra.
Pada 1607, Khurram telah ditunangkan dengan seorang cucu seorang bangsawan Iran, Arjumand Banu Begum yang berusia 14 tahun pada ketika itu. Pasangan berkenaan telah dinikahkan pada lima tahun kemudian dan menjadi wanita yang paling. Oleh disebabkan itu isteri Shah Jahan telah dianugerahkankan gelaran Mumtaz Mahal yang bermaksud Jewel of The Palace.
Tidak lama kemudian, Khurram mengahwini dua wanita lain iaitu Akbar-abadi Mahal dan Kandahari Mahal. Walaupan begitu Muntaz tetap menjadi wanita pertama di hati suaminya.
Kejayaan ketenteraan Kurram pada tahun 1617 tehadap Lodi di Deccan di selatan sempadan empayar. Kejayaan ini menyebabkan ayahandanya menganugerahkan anakandanya dengan gelaran Shah Jahan Bahadur yang membawa maksud Lord of World.
Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1627. Khurram telah dilantik sebagai King of the World dan Lord of Auspicious Conjuction menandakan beliau waris Timurid.
Selepas bersalin, Mumtaz Mahal mengikut Shah Jahan dalam kempen ketenteraan dan beliau digambarkan sebagai wanita yang taat dan sentiasa berada di samping suaminya. Mumtaz Mahal digambarkan oleh pengikut Shah Jahan sebagai seorang isteri yang sempurna. Mumtaz juga tidak pernak mempengaruhi suaminya dalam kuasa politik.
Semasa pemerintahan Shah Jahan, beliau banyak mematahkan rusuhan di Ahmednagar, mengalahkan Portugis di Bengal, menjajah kerajaan Baglana dan di Genting Khyber. Dibawah pemerintahannya, kerajaannya bertambah kuat dan boleh dikatakan menjadi mesin ketenteraan yang besar dan perkasa. Ini menyebabkan kawasan jajahannya bertambah luas sehinnga empat kali ganda.
Semasa pemerintahnya juga, banyak bandar besar yang telah wujud seperti di Lahorem Delhi, Agra dan Ahmedabeb yang dihubungkan dengan jalan raya dan air kepada bandar dan pelabuhan serta memindahkan ibu negara dari Agra ke Delhi.
Shah Jahan juga merupaka seorang arkitek yang mempunyai sentuhan kesenian yang tinggi dengan menghasilkan lagenda Taj Mahal di Agra sebagai makam isterinya Mumtaz Mahal.
Pada tahun 1657, Shah Jahan telah jatuh sakit. Anakandanya Aurangzeb mengusytiharkan dirinya sebagai pemerintah dan menahan ayanhandanya di rumah di Pelabuhan Agra. Semasa dlaam tahanan pada 22 junuari 1666, selepas menyebut kalimat Allah, beliau meninggal dunia dan disemadikan di sisi isterinya Mumtaz Mahal.
Shah Jahan meninggalkan banyak struktur agung semasa pemerintahannya. Antaranya adalah Taj Mahal di Agra yang dibina sabagai tempat persemadian isteri keayangannya Mumtaz Mahal

Wednesday, October 29, 2008

Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu
Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukkuBahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa iniBahagia untuk sekejap saja

CinTa...



cinta itu adalah satu perasaan yang begitu suci....
satu rasa yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang sedang dilamun cinta..
ia hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta...
tetapi kenapa masih ada manusia yang tidak tahu untuk menilai erti cinta yang sebenar???
kenapa masih ada ramai yang mendustai perasaan cinta itu sendiri???
tidak dinafikan rasa cinta itu sukar untuk diungkap..
tetapi sampai bilakah kita ingin memendamkan perasaan itu??
adakah sampai insan yang kita cintai itu diambil orang???
atau selepas insan itu pergi jauh dari kita???
jadi sayangilah insan yang kita cintai...hargailah semasa ia ada disisi...
ungkapkanlah kata cintamu itu agar si dia tahu perasaan mu...
kamu berhak mendapatkan cinta tetapi kamu tidak dapat memaksa seseorang itu untuk mencintai mu..
tidak salah kita mencintai seseorang itu kerana perasaan itu adalah milik kita...