Friday, October 31, 2008

SHAH JAHAN, MUMTAZ MAHAL DAN MONUMEN CINTA

Nama Shah Jahan memang tidak boleh dipisahkan dengan Taj mahal iaitu sebuah rekaan yang memikat hati dan menjadi sebuatan sepanjang zaman. Mengenali Shah Jahan, beliau dilahirkan sebagai seorang putera. Nama sebenar Shah Jahan adalah Putera Khurram Shihab-ud-din Muhammad. Beliau dilahirkan pada 1592 gi Lahore, Pakistan. Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan merupakan putera kesayangan Maharaja Jahangir dan Puteri Manmati.
Shah Jahan dinamakan Khurram kerana nama itu membawa maksud gembira yang telah diberikan oleh datuknya Akhbar.
Pada awal usianya, Shah Jahan menerima pendidikan dan menunjukkan bakatnya dalam seni mempertahankan diri dan dilantik sebagai komander tentera. Beliau mengetuai beberapa kempen seperti Mewar, Deccan dan Kangra serta bertanggungjawab dalam memperluaskan jajahan semasa pemerintahan ayahandanya.
Beliau menunjukkan bakat yang cemerlang dalam reka bentuk bangunan yang mengagumkan ayahandanya semasa berusia 16 tahun. Beliau telah membina kediamannya di pelabuhan Kabul dan mereka semula bangunan di dalam Fort Agra.
Pada 1607, Khurram telah ditunangkan dengan seorang cucu seorang bangsawan Iran, Arjumand Banu Begum yang berusia 14 tahun pada ketika itu. Pasangan berkenaan telah dinikahkan pada lima tahun kemudian dan menjadi wanita yang paling. Oleh disebabkan itu isteri Shah Jahan telah dianugerahkankan gelaran Mumtaz Mahal yang bermaksud Jewel of The Palace.
Tidak lama kemudian, Khurram mengahwini dua wanita lain iaitu Akbar-abadi Mahal dan Kandahari Mahal. Walaupan begitu Muntaz tetap menjadi wanita pertama di hati suaminya.
Kejayaan ketenteraan Kurram pada tahun 1617 tehadap Lodi di Deccan di selatan sempadan empayar. Kejayaan ini menyebabkan ayahandanya menganugerahkan anakandanya dengan gelaran Shah Jahan Bahadur yang membawa maksud Lord of World.
Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1627. Khurram telah dilantik sebagai King of the World dan Lord of Auspicious Conjuction menandakan beliau waris Timurid.
Selepas bersalin, Mumtaz Mahal mengikut Shah Jahan dalam kempen ketenteraan dan beliau digambarkan sebagai wanita yang taat dan sentiasa berada di samping suaminya. Mumtaz Mahal digambarkan oleh pengikut Shah Jahan sebagai seorang isteri yang sempurna. Mumtaz juga tidak pernak mempengaruhi suaminya dalam kuasa politik.
Semasa pemerintahan Shah Jahan, beliau banyak mematahkan rusuhan di Ahmednagar, mengalahkan Portugis di Bengal, menjajah kerajaan Baglana dan di Genting Khyber. Dibawah pemerintahannya, kerajaannya bertambah kuat dan boleh dikatakan menjadi mesin ketenteraan yang besar dan perkasa. Ini menyebabkan kawasan jajahannya bertambah luas sehinnga empat kali ganda.
Semasa pemerintahnya juga, banyak bandar besar yang telah wujud seperti di Lahorem Delhi, Agra dan Ahmedabeb yang dihubungkan dengan jalan raya dan air kepada bandar dan pelabuhan serta memindahkan ibu negara dari Agra ke Delhi.
Shah Jahan juga merupaka seorang arkitek yang mempunyai sentuhan kesenian yang tinggi dengan menghasilkan lagenda Taj Mahal di Agra sebagai makam isterinya Mumtaz Mahal.
Pada tahun 1657, Shah Jahan telah jatuh sakit. Anakandanya Aurangzeb mengusytiharkan dirinya sebagai pemerintah dan menahan ayanhandanya di rumah di Pelabuhan Agra. Semasa dlaam tahanan pada 22 junuari 1666, selepas menyebut kalimat Allah, beliau meninggal dunia dan disemadikan di sisi isterinya Mumtaz Mahal.
Shah Jahan meninggalkan banyak struktur agung semasa pemerintahannya. Antaranya adalah Taj Mahal di Agra yang dibina sabagai tempat persemadian isteri keayangannya Mumtaz Mahal

No comments: